NADI X Keusahawanan-Video Pralatihan (Perancangan Kewangan)-Urus Duit Bisnes

5 Mei 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Mei 2026, bermula pukul 2.30 petang, seorang ahli NADI Pekan Machan telah mengikuti program NADI X Keusahawanan iaitu menonton video pralatihan (perancangan kewangan) iaitu urus duit bisnes.

Perancangan kewangan (urus duit bisnes) ialah cara usahawan merancang, mengawal dan memantau aliran wang dalam perniagaan supaya tidak rugi dan sentiasa berkembang. Secara ringkas, urus duit bisnes melibatkan asingkan duit bisnes dan peribadi iaitu jangan mencampurkan duit jualan dengan duit sendiri supaya mudah kawal kewangan. Seterusnya merekod semua transaksi iaitu mencatat setiap duit masuk (jualan) dan keluar (kos bahan, sewa dan lain-lain) supaya tahu untung dan rugi. Selain itu, mengawal kos perbelanjaan, menetapkan harga yang betul, menyimpan dan memusing modal, serta menyediakan najet dan sasaran.

Kesimpulannya, pengurusan kewangan yang baik membantu bisnes kekal stabil, elak kerugian dan memudahkan usahawan membuat keputusan yang lebih bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang kelas tersebut dijalankan:
Gambar 1 hingga Gambar 5 :  Gambar semasa kelas berlangsung.

Kembali Ke Atas

kembali